Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

FB Fan Club

Saturday, July 30, 2011

~penghayatan al-quran~

Bismillahirahmanirahim.... 





Hidup dengan Al Quran ertinya menjadikan Al Quran sebagai pedoman yang mengarahkan diri sentiasa dipegang teguh, ditadabburi, dibaca dan tidak ditinggalkan.....
wahai sahabat sekalian jadikan Al Quran itu sabagai Imam kita yg sulung....
zaman sekarang ramai daripada kita menjadikan Al Quran sebagai makmum... Astagfirullah al-aziim... Al Quran itu diturunkan sebagai berita gembira kepada umat islam... maka sambutlah ia sebagai anugerah yang agung daripada Allah s.w.t... 



BENTUK TINDAKAN MENINGGALKAN AL QURAN  
  • Tidak mengamalkanya meskipun sudah dihafal
  • Tidak membacanya
  • Tidak merenungkannya (ditadabburinya)
  • Tidak menjadikan sebagai pedoman keputusan dalam segala keadaan
Al Quran itu sebagai kewajipan kepada semua muslim dan ia juga akan memberi syafaat diakhirat kelak kepada sesiapa yag berpegang teguh kepadanya.. muslim n muslimat yang ingin dadanya lapang dan bahagia, hendaknya dia menyediakan sebahagian dari waktunya untuk Al Quran agar hidupnya bahagia dengan izin Allah.... ssesuai dengan firman Allah dlm (surah al isra: 82).

insyaAllah kita dapat menghindarkan bentuk2 tindakan yang meninggalkan Al Quran... dan selamat beramal dengan Al Quran...

Monday, July 4, 2011

~cerite tentang seekor ikan ~

aSsalAmuaLaikum ...

Cerita ini mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang berenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.

Anak ikan ini bertanya, "Apa banyak kah perkara yang anakanda tidakketahui wahai ibu?".Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya terdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan...ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan....

Suatu hari nanti, anakanda akan beruji dengan godaan-godaanyang mengelirukan akal... akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar.
Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apa pun kecuali utk menikmati juadah yang enak itu... tetapi anakanda kena ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara.""Alam apa itu ibu?""Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher anakanda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan anakanda akan merasa kesakitan di mulut anakanda.



Kemudian, mereka akan tarik anakanda kearah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta... anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara...Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka.



Siksaan mereka belum selesai...manusia itu akan mengelar- ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu takdapat bayangkan dan ceritakan..", sambil si ibu tunduk sayu danketakutan. "Setelah dikelar-kelar... anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu... manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan bertukar warna... Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu... Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit... ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu..."Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya... dalam hatinya masih tidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu...



Suatu hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampak lazat berseri-seri... semua ikan-kan itu telah mendengar cerita dariorang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata," Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku.... makanan selazat ini tidakakan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku....",terlintas nafsu yang dtg menggoda... lalu.. setelah si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu... mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat..


Setelah puas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dlm dirinya.. kerana dia tahu...apa yang ibu katakan memang benar...cuma segalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu.



Moral :

Dengar dan patuhi lah cakapan dan pesanan orang tua kita, kerana mereka lebih mengetahui apa yang sebenar nya terbaik untuk kita



dengar ckap ibu eaa ..jngan menyesal nty ;)

Monday, June 20, 2011

~Kelebihan Bulan Rejab~

baca lahh ..


Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
~KELEBIHAN BULAN REJAB~
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
YaALLAH ....
aku memohon keampunan kepada mu yaALLAH ....

~The meaning of friendship~

Khas untuk orang yang ada "Kawan". ^_^"

1) Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) Kawan tu bukan macam maen SKATEBOARD. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..

3) Kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) Kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..

5) Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takda.. hujan gerimis baru muncul..

7) Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit, jual.. ambik kereta baru..

8) Kawan tu bukan macam biskut CHIPSMORE.. sekejap ada sekejap takda..

9) Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10) Lagi…. kawan tu macam apa yeaaa????  haa.. fikrkan

Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan..  kawan itu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.

Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya...

So... berhati-hati dalam memilih kawan......

kami kawan baekk <33


kami sentiase bersama . .

Sunday, June 12, 2011

~yakinlah~

Jika tiba-tiba, kau dapat melihat
jejak-jejak harapan
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu..

Ketika segala sesuatu berjalan lancar 
dan kau ingin merasa syukur
Allah telah pun memberkatimu..

Ketika sesuatu yang indah terjadi
dan kau dipenuhi ketakjuban
Allah telah pun tersenyum kepadamu..

Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih
Allah telah pun menghitung airmatamu..

Jika kau sedang menunggu sesuatu dalam hidupmu
dan terasa waktu berlalu begitu sahaja
Allah telah pun tahu ganjaran untukmu..

Ketika kau merasa sendirian 
dan tiada siapa mempedulikanmu
Allah sentiasa berada di sampingmu..

Ketika segalanya berkecamuk
dan kau merasa tertekan
Allah bersamamu untuk menenangkanmu..

Dan ketika kau memerlukan segala-galanya 
dalam kehidupan ini
Allah telah pun tentukannya melebihi dari kehendakmu..

Lihatlah, betapa agungnya Allah
dan yakinlah,
Kepada Allah jua
Jawapan kepada setiap persoalan..